Nice water.

i think it's perfect picture. good angel and nice picture. so special.

Nice leaf make me hopeful

pattern of an interesting photo, the shooting positions that fit perfectly and produces incredible images.

Perfect color.

a combination of colors, makes everyone involved feel carried away in an exciting atmosphere in a way to deceive the eye.

Beautiful flower.

beauty of color and shape make people spellbound. color represents that he has a quiet personality but clever.

One for all. all for one

we are one, even though we were separated but we are still one, one soul, one mind, one heart, one flavor, and one meaning.

Rabu, 29 Januari 2014

Kenapa tambah garam untuk membuat aiskrim?

Pernahkah anda mencuba untuk membuat aiskrim sendiri di rumah? Ya, sebenarnya kita mampu membuat aiskrim sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi seharian di samping boleh mempelajari sains daripada aktiviti yang amat menyeronokkan ini.
Bagaimanakah cara untuk membuatnya? Mudah sahaja. Ia hanyamengambil masa kurang daripada satu jam. Bahan-bahan yang digunakan adalah secawansusu segar, 1 sudu gula, sesudu garam, ketulan-ketulan air batu, plastik berzip kecil, plastik berzip besar, suratkhabar, dua helai tuala dan mangkuk.
Mula-mula, masukkan gula dan susu ke dalam plastik berzip kecil. Kacau campuran tadi dan zipkan plastik itu dengan kemas. Masukkan ketulanair batu sehingga separuh penuh ke dalam plastik berzip yang besar. Kemudiantaburkan sesudu garam ke dalam plastik berzip besar yang mengandungi ketulan air batu tadi. Seterusnya, plastik berzip kecil yang mengandungi campuran susu tadi dimasukkan ke dalam plastik berzip besar. Penuhkan plastik berzip besar dengan air batu dan zipkan plastik itu dengan kemas.
Kemudian bungkuskan dengan suratkhabar. Seterusnya ia puladibungkus dengan tuala seperti bentuk gula-gula. Akhir sekali, kita perlu menggoncangkannya selama 10 minit.
Sesuatu yang menakjubkan telah berlaku! Bukakan kesemuabalutan tuala dan suratkhabar dan keluarkan plastik berzip kecil. Aiskrim sudahpun menjadi! Keluarkan ia dari plastik dan letakkan ke dalam mangkuk untuk di makan.
Tahukah anda bagaimana telah berlakunya perubahan keadaan jirim pada campuran susu tadi dari cecair kepada keadaan separa pepejal iaitu menyerupai tekstur seperti aiskrim. Proses perubahan keadaan jirim dari cecairke pepejal dinamakan ‘pembekuan’. Fungsi garam dalam pembuatan aiskrim bukanlah untuk memberi rasa terhadap aiskrim tadi malah ia berfungsi untuk menurunkan takat beku ketulan air batu tadi. Ini dapat diperhatikan dengan lebih terperinci dan jelas sekiranya kita menyukat dan mencatat suhu air batu dengan menggunakan termometer sebelum dan selepas penambahan garam.
Tentunya setiap orang mempunyai citarasa aiskrim kegemaran masing- masing. Selain menggunakan susu segar, kita juga boleh mencuba untuk menghasilkan aiskrim berperisa lain seperti oren, strawberi dan coklat.
Aktiviti seperti ini memang sesuai dijalankan bersama keluarga pada masa lapang. Selain dapat mempelajari cara membuat aiskrim, kita dapat melihat sendiri perubahan keadaan jirim dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain dan memahami proses sains yang terlibat. Tambahan pula ia boleh dijalankan oleh semua peringkat umur walau di mana saja kerana bahan-bahan yang digunakan adalah bahan-bahan seharian yang senang diperolehi.


#petrosainsfest








Posted by Ayu
Learning Specialist, Petrosains



Senin, 20 Januari 2014

Of Magic & Chemistry


Towards the end of year 2013, we are celebrating the wonders of science and this time it's having fun with chemistry! The theme is called 'Of Magic & Chemistry'. In conjunction with this theme, we are also giving out a 2-in-1 colourful periodic table and 2014 table calendar to visitors.             
There are many activities listed for visitors to try. Did you know that forensic scientists study how ink breaks down into separate colours in order to solve crimes? We call this chromatography. You can give it a try at Petrosains!
In the ‘Zesty Candle’ activity at Petrosains, you can make your own homemade candle. You need half an orange with the insides scooped out and some olive oil! Orange skin contains a flammable oil with a compound called limonene. Limonene gives oranges and other citrus fruits their distinctive smell! The Zesty Candle made from the orange skin and olive oil produces a fresh citrus scent but with all flammable items, so great care must be taken. 
Our fun science demonstrations on chemistry stimulates you to discover how ordinary works of science can be such an exciting and unforgettable experience! The picture below shows our science communicator performing a science show about ‘Combustion’. Basically he is explaining the three elements that is needed to ignite and sustain a fire, which are fuel, heat and oxygen. 

Hope this will change the mindset that we can only learn and do chemistry in a lab. In actual fact we are free to discover chemical reactions at home using everyday materials. But kids, make sure you have parental guidance if dealing with fire! Or else..






Posted by Ayu
Learning Specialist, Petrosains






'Sultans of Science' Menjejaki Penemuan Semula Sains Islam




Secara keseluruhannya, pameran 'Sultans of Science' yang mencirikan penemuan semula sains Islam  merangkumi  tokoh-tokoh saintis islam, penemuan -penemuan terawal terhadap pelbagai konsep sains di samping bahan-bahan pameran yang terpilih sebagai perisian ruang pameran ini. Pameran ini telah berada di Petrosains selama 6 bulan dari Disember 2012 sehingga Jun 2013.
Pemandangan di sepanjang laluan pintu masuk ke ruang pameran adalah lain dari yang lain. Sekali pandang pasti kita akan teruja untuk berkunjung ke sini. Sepanjang laluan untuk memasuki ruang pameran, terdapat lukisan wajah-wajah sarjana muslim dan turut disertakan maklumat mengenai sumbangan penemuan  mereka terhadap dunia. Di ruang yang cukup indah ini juga, ia berlatar belakangkan alunan muzik arab khas untuk para pelawat agar dapat lebih merasai dan memperhalusi bahan-bahan pameran di samping dapat menimba banyak ilmu pengetahuan tentang penemuan semula sains islam.
Bahan pameran yang menjadi tarikan utama adalah jam gajah ataupun 'elephant clock'. Ini merupakan simbol kepada penemuan semula sains islam dalam menentukan masa. Jam gajah telah direka oleh Al-Jazari, seorang jurutera dan arkitek beragama Islam. Jam ini boleh menunjukkan waktu dan memberi isyarat pergerakan untuk setiap 30 minit. Keunikan rekabentuk jam gajah terserlah oleh gabungan pelbagai jenis haiwan yang menjadi simbol beberapa buah negara.
Bukan setakat itu sahaja malah terdapat di salah satu sudut aktiviti, kita juga berpeluang mempelajarai bagaimana menghasilkan minyak wangi dari rempah ratus seperti bunga cengkih, kayu mais, bunga lawang, jintan manis dan buah pelaga. Staf-staf Petrosains sentiasa bersedia di sudut aktiviti untuk menerangkan lebih lanjut tentang sains di sebalik minyak wangi. 



Terdapat pentas kecil yang tersedia untuk sesi pertunjukan sains khusus untuk para pengunjung yang hadir. Kesimpulannya, 'Sultans of Science' telah  menjanjikan  suatu kepuasan dalam mendalami sejarah penemuan  semula sains islam  dan ilmu yang diperolehi adalah tidak sia-sia malah ia boleh dimanfaatkan pada masa-masa akan datang.







Posted by Ayu
Learning Specialist, Petrosains